SENGKAK RAHIM
Dalam perbidanan Melayu, urutan sengkak adalah sejenis urutan dalaman atau ‘womb uplift massage’ yang dilakukan untuk mengemaskan tubuh badan, khususnya posisi rahim. Ia adalah urutan menolak peranakan naik. Ia perlu dilakukan dengan berhati-hati. Sengkak boleh dilakukan pada wanita berkahwin dan ibu berpantang. Peranakan yang tidak naik menyebabkan perut buncit dan rasa tidak selesa, seolah-olah ada benda menonjol yang hendak keluar dari faraj. Sengkak dilakukan untuk menggelakkan rahim jatuh dan mengelakkan penyakit lain apabila berusia. Urut sengkak ini kebiasaannya dilakukan selama 3 hari selepas hari ke-44 berpantang sebagai rawatan penutup bagi wanita yang bersalin normal. Sengkak pada awal minggu adalah tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan kepada rahim yang masih bengkak.
Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Peranakan Jatuh
Wanita yang baru lepas bersalin cenderung mengalami masalah peranakan ‘jatuh’ atas beberapa sebab seperti meneran semasa bersalin, sembelit, bengkung yang ketat, batuk berpanjangan, atau melakukan kerja berat. Semua aktiviti ini menyebabkan tekanan yang tinggi pada abdomen lalu memaksa otot-otot bekerja kuat untuk menampung rahim, lalu menjadi longgar. Semasa mengandung juga, ibu telah menanggung beban kandungan yang berat selama 40 minggu.
Wanita yang bersalin secara pembedahan Caesarean tidak perlu melakukan urut sengkak. Berbeza dengan wanita yang bersalin normal, bersalin secara Caesar tidak melalui proses meneran dan rahim tidak bertukar posisi asal. Namun, jika mereka mengalami gejala ‘peranakan turun’ atau prolapse of uterus seeloknya rujuklah kepada doktor untuk rawatan yang lebih spesifik.
Urut sengkak sebenarnya merupakan rawatan alternatif yang boleh dilakukan oleh wanita yang mengalami masalah lemah otot-otot rahim, mudah keguguran, senggugut, pernah kemalangan, dan sebagainya. Antara gejala ‘peranakan / rahim jatuh’ adalah rasa tidak selesa, sakit, ngilu atau sengal di bahagian peranakan serta tidak lawas kencing. Dalam kes yang kritikal,ia mungkin boleh menyebabkan seseorang itu berasa terlalu sakit di bahagian perut sehingga tidak boleh berjalan.
Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Penjagaan Rahim
Urutan sengkak hanyalah satu rawatan alternatif yang dapat membantu menangani masalah rahim jatuh. Pastikan anda mendapatkan khidmat tukung urut yang bertauliah untuk menjalani urut sengkak dengan selamat. Dengan teknik yang betul, wanita dapat berasa lebih sihat, segar, dan lebih selesa untuk melakukan kerja-kerja harian. Jika anda mengalami masalah kesihatan yang serius, sila cepat berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu.
Namun, sudah pasti ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan rahim secara umum seperti:
- Kurangkan tekanan pada abdomen. Elakkan meneran semasa buang air, mengangkat benda berat, berdiri terlalu lama, dan jangan berbengkung terlalu ketat.
- Melakukan senaman khas
- Memakai gelung penahan (maternity belt) untuk menyokong rahim / perut semasa mengandung
- Pengambilan jamu atau suplemen (yang berdaftar dan diyakini selamat) untuk membantu menguatkan otot.
Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Sebarang info lanjut boleh terus wassap Kak Bid. Click DI SINI untuk terus wassap Kak Bid.