Pemakanan Ibu Berpantang
“Pemakanan semasa berpantang” sering dikaitkan dengan pantang-larang makanan yang tidak boleh dimakan selepas bersalinkan anak. Ia adalah suatu kepercayaan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia tidak kiralah yang Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Pelbagai makanan dikaitkan dengan ‘panas’, ‘berangin’, ‘sejuk’, ‘tajam’ dan tidak boleh dimakan semasa tempoh berpantang kerana dikhuatiri menjejaskan luka bersalin serta kesihatan dalaman.
Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam portal MyHealth menekankan bahawa setakat ini tiada bukti dari segi perubatan dan kajian saintifik bahawa makanan-makanan tertentu ini memberi kemudaratan kepada ibu selepas bersalin. Kunci utama adalah memilih makanan serta mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kepercayaan ibu itu sendiri sama ada untuk mengikut pantang-larang seperti yang telah diamalkan secara turun-temurun.
Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Pemakanan Berpantang yang Boleh Diamalkan oleh Ibu Berpantang
Berikut adalah antara makanan berpantang yang boleh untuk diamalkan oleh ibu-ibu berpantang:
Beras Perang
Kebanyakan ibu-ibu merancang untuk ‘diet’ dan kuruskan badan sebaik saja melahirkan bayi. Namun, perlu diingatkan bahawa tubuh ibu dalam proses pemulihan dan bayi yang menyusu badan juga memerlukan nutrisi yang berkualiti melalui pemakanan si ibu. Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Beras perang adalah antara cara yang bagus untuk si ibu berdiet serta mendapatkan kalori yang mencukupi. Sumber bijirin berserat yang tinggi ini juga bagus untuk penghadaman dan mengelakkan sembelit selepas bersalinkan anak. Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Roti Berserat Tinggi
Selain makan nasi untuk hidangan utama makanan berpantang, ibu berpantang juga boleh mengamalkan pengambilan roti berserat tinggi untuk sarapan pagi. Jika dibandingkan dengan roti putih dan biskut kering, roti berserat tinggi mengandungi asid folik yang penting untuk kesihatan tubuh badan ibu dan bayi. Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Ikan Tenggiri, Salmon & Tuna
Kandungan protein dalam sajian seharian juga penting dalam memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan ikan salmon contohnya, bukan saja berkhasiat tetapi turut terbukti dapat mengelakkan risiko kemurungan selepas bersalin (postpartum depression). Selain itu, ikan tenggiri dan tuna juga antara pilihan yang bagus sebagai lauk berpantang kerana ia memperbaiki fungsi otak dan membina sistem saraf bayi. Tidak disarankan untuk pengambilan pati ikan seperti pati ikan haruan. Memadailah dengan pemakanan ikan-ikan segar dengan khasiatnya yang mencukupi. Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Buah-buahan
Buah-buahan dengan warna yang terang seperti anggur, betik, oren, pisang, dan sebagainya sangat berkhasiat untuk ibu berpantang. Ramai yang beranggapan makanan berpantang sebegini tidak sesuai kerana ia bersifat ‘sejuk’. Namun, semua buah-buahan ini sebenarnya mengandungi serat serta sumber vitamin yang tinggi. Anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan setiap hari. Buah-buahan seperti oren ini juga dapat membantu memperbanyakkan susu ibu berpantang. Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Sayuran Hijau
Sama seperti buah-buahan, sayuran hijau seperti sawi hijau, bayam, kucai, serta ulam-ulaman seperti pegaga, daun cekur dan ulam raja juga patut ditambahkan ke dalam menu masakan berpantang. Ia bukan saja tinggi kandungan antioksidan, vitamin, serta mineral, bahkan ia turut memiliki sumber kalsium yang penting untuk tubuh. Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Kekacang
Kekacang seperti kacang badam, walnut, kuaci, atau pistachio ini juga baik untuk pemakanan ibu berpantang. Semua jenis kekacang sihat seperti ini dapat membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh di samping meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak. Kekacang-kekacang ini boleh dicampurkan ke dalam lauk-pauk mahupon dimakan sebagai snek. Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Buah-buahan Kering
Kurma atau tamar adalah antara pilihan buah-buahan kering yang amat baik untuk ibu selepas bersalin. Khasiatnya yang begitu banyak tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain memberi tenaga, ia juga membantu merangsang penghasilan susu badan. Anda juga boleh memakan kismis, aprikot kering atau buah tin (figs) yang tidak kurang juga khasiatnya. Kedua-dua kekacang dan buah-buahan kering ini amat sesuai ditambah bersama bijirin atau oat yang dinikmati semasa sarapan pagi. Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Air masak
Pengambilan air masak atau air kosong amat penting buat ibu berpantang. Minumlah air secukupnya kerana dehidrasi boleh menjadi salah satu punca utama kepada kehilangan tenaga. Ibu menyusu memerlukan banyak air untuk merangsang penghasilan susu badan secara produktif. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan gangguan pelbagai fungsi fisiologi tubuh. Kurangnya meminum air masak boleh mendorong kepada masalah kekurangan atau kekeringan susu badan.
Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.
Sebarang info lanjut boleh terus wassap Kak Bid. Click DI SINI untuk terus wassap Kak Bid.