LULUR / SCRUB / PARAM

lulur scrub param

Lulur / Scrub / Param: Lulur atau juga dikenali sebagai ‘scrub’ amat baik dilakukan semasa tempoh berpantang. Ia bertujuan membuang sel-sel kulit mati pada kulit manakala param bertindak sebagai pemanas badan.  Lulur selalunya dilakukan sebelum mandi dan param disapukan selepas mandi.

Sapu param pada bahagian badan, tangan dan kaki. Lebihan sapu pada leher, ketiak dan celah peha sehingga kering. Sapuan terkecuali di perut dan payudara. Ia boleh dibiarkan atau dibilas dengan air mandian herba. Param boleh disapu 2 kali sehari selama 40 hari sepanjang tempoh berpantang.

Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.

Kebaikan lulur dan param semasa berpantang adalah:

  • Mengeluarkan sel-sel kulit mati serta daki pada badan ibu.
  • Mengelakkan badan ibu berpantang masuk angin.
  • Menjaga kecantikan luaran kulit
  • Memberi kehangatan kepada tubuh
  • Melancarkan peredaran darah
  • Memberi kesegaran

Antara kelebihan lain berlulur adalah:

  • Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.

  • Mengurangkan tekanan & keletihan.

  • Mengekalkan tenaga.

  • Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.

  • Memperbaiki tekstur kulit.

  • Mengurangkan dehidrasi

  • Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.

  • Mengembalikan warna kulit supaya sekata.

  • Menghilangkan warna kulit berbelang.

  • Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.

  • Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.

  • Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So. 

Sebarang info lanjut boleh terus wassap Kak Bid. Click DI SINI untuk terus wassap Kak Bid.

Kembali ke LAMAN UTAMA