BERTUNGKU

bertungku

Bertungku bererti menuam bahagian perut dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan. Ia membantu untuk mengeluarkan darah kotor (haid dan nifas) dari badan. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal serta bila darah tak habis keluar dan terkumpul dalam badan yang boleh menyebabkan macam-macam penyakit rahim. Bertungku boleh dilakukan sampai habis pantang atau perut sudah kembali kempis semula.

Terdapat pelbagai jenis tungku seperti besi dan batu sungai. Tungku ini dipanaskan diatas api. Kemudian dibalut atau alas dengan daun herba serta dibalut dengan kain. Pada bahagian perut juga dialaskan daun. Tungku hanya dilakukan di perut dengan mencungkil manakala tuam pada bahagian-bahagian sendi badan. Selalunya mengambil masa lebih kurang 25 min. Amalan ini dilakukan sebelum berbengkung.

Ada 2 kategori bertungku ringan (tuam) atau bertungku dibahagian perut. Tuam dilakukan diseluruh badan boleh diamalkan untuk ibu bersalin normal atau caesar.  Tungku diperut untuk ibu caeser kebiasaanya dilakukan selepas 2 minggu bersalin kerana luka episiotomy semakin sembuh dan ia bukan ditungku pada bahagian luka. Untuk tuam boleh dilakukan pada hari pertama sehingga 40-44 hari. Dilakukan 2 kali sehari pada waktu pagi (selepas subuh) dan pada waktu petang (sebelum magrib).

Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.

Cara bertungku

Bahagian badan

Berbaring. (dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat)

  • Bermula di sekitar payudara (darah mengalir baik dan membolehkan air susu keluar dengan lancar).
  • Beralih ke ulu hati (memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati) 5-10 minit
  • Beralih pada ketiak kanan dan kiri. Pada belikat kanan dan seterusnya kiri.
  • Dibahagian tengkuk. Diletakkan tungku dibahagian tengkuk seprti orang berbantal. (memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher)

Bahagian bawah

Berbaring. (punggung, paha, pelipat, betis, pergelangan kaki dan tapak kaki)

  • Bertungku sekurang-kurangnya 15-20minit pada setiap bahagian.
  • Pada tapak kaki. Kaki disatukan dan digolekkan tungku kedepan dan ke belakang atau biarkan sehingga sejuk.

Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.

Kebaikan bertungku

  • mengecutkan dan memulihkan rahim
  • memastikan darah kotor dan toksin keluar dari badan
  • memudahkan pemullihkan tenaga
  • membantu memecahkan lemak
  • mengembalikan tubuh pada asal

Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So. 

Sebarang info lanjut boleh terus wassap Kak Bid. Click DI SINI untuk terus wassap Kak Bid.

Kembali ke LAMAN UTAMA