Berbengkung

berbengkung

Berbengkung merupakan antara aktiviti yang dilakukan oleh para ibu berpantang antara sebab untuk mengembalikan badan selepas bersalin. Bengkung digalakkan pakai sehingga 40 hari selama 8-12 jam sepanjang masa mengikut keselesaan, ditinggalkan ketika mandi dan boleh terus pakai selama 100 hari pada waktu pagi dan tengahari. Boleh juga dipakai selama 24 jam, ia mengikut keselesaan tetapi tidak digalakkan memakai ketika waktu tidur kerana badan ibu perlu rehat yang cukup, oleh itu badan perlu berada dalam keadaan yang selesa. Ianya boleh mula di pakai dari hari ke-4.

Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk asal dengan lebih cepat. Untuk wanita bersalin caesar, pakai selepas 2 minggu iaitu apabila luka jahitan sudah mengering. Bengkung bersalin yang disarankan adalah jenis lembut dan mudah untuk dilaraskan saiznya. Pastikan ia tidak dipakai terlampau ketat, cukup sekadar kejab untuk mengelakkan daripada jahitan terbuka. Kebiasaan menggunakan bengkung, ia perlu dilapik dengan kain lain supaya bengkung tidak kotor kerana barut atau minyak herba akan disapu pada perut serta pinggang. Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So.

Kebaikan berbengkung

  • Mendapatkan kembali bentuk badan asal
  • Mengempiskan perut
  • Mengelakkan otot perut kendur dan mengelebeh
  • Mengelakkan perut masuk angin
  • Menggalakan posture yang baik
  • Mencegah dari makan berlebihan
  • Membantu mengecutkan dan menguatkan otot rahim
  • Menggurangkan ruang mengumpul lemak
  • Merapat yang telah regang dan longgar

Finally. As conclusion. So. Hence. While. Therefore. Finally. Furthermore. So. 

Sebarang info lanjut boleh terus wassap Kak Bid. Click DI SINI untuk terus wassap Kak Bid.

Kembali ke LAMAN UTAMA